Share this

17 May 2016

Pendaftaran field test POKEMON GO "US"

Sebelum ini Pokemon GO telah melalui field test ataupun ujian kawasan di Jepun, New Zealand dan Australia. Field test ialah istilah bagi proses percubaan versi tidak final untuk Pokemon Go.
Bagi yang belum mengetahui, permainan ini melibatkan integrasi sistem peta dan kawasan seperti permainan Ingress juga dari Niantic yang popular di peranti mudah alih Android dan IOS.

Sementara itu Niantic telah membuka pendaftaran baru untuk  percubaan / ujian kawasan (field test) kepada mereka yang berada di US.


Seperti yang dilaporkan saluran peminat "Twintendo", penguna harus mempunyai peranti bersistem pengendali Android 4.3 atau ke atas dan IOS 8 bagi pengguna IPhone. Link tersebut hanya dibuka untuk mereka yang tinggal di US sahaja.

Pokemon GO Registration : http://pokemongo.nianticlabs.com/


Lihat video dibawah untuk lebih ulasan pemain.
Video adalah dalam bahasa Inggeris.

Pokemon GO Field Test Australia