Share this

26 May 2016

Terkini : Pokemon GO!


Setelah dimulakan testing Pokemon GO di US. Team Development Pokemon GO / Niantic telah memberitahu lagi kemaskini terbaru tentang permainan ini.

Antaranya ialah,

Pokemon EGG

Trainer sekarang boleh mencari dan mengumpul telur Pokemon bagi melengkapkan koleksi Pokedex mereka. Bagi sistem penetasan telur Pokemon ini, Trainer perlu berjalan dalam jarak yang telah ditetapkan untuk telur pokemon itu melalui proses penetasan. Ini boleh dijadikan senaman untuk trainer kan? Kepada trainer yang malas berjalan, incubator juga tersedia bagi mencepatkan prosess ini.

Pokemon Gym

Pokemon Gym akan berada di lokasi sebenar dalam peta. Lokasi akan dipilih berasaskan tempat-tempat yang menarik. Untuk gym kosong, 3 slot Pokemon diberikan  untuk trainer meletakan pokemon mereka didalam pertahan gym. Pokemon yang terkuat dikalangan ahli gym akan layak untuk slot ini. Bilangan slot akan bertambah berdasarkan tahap Pokemon gyn tersebut. Bagi musuh gym ataupun trainer dari gym lain, mereka boleh mencabar Gym dengan menggunakan Pokemon untuk menyerang pertahanan gym secara berkumpulan ataupun bersendirian.

Permainan ini menggunakan gym untuk sistem clan seperti kebiasaan MMO lain. Cuma yang lebih menarik adalah ianya permainan berasaskan lokasi sebenar.
Tidak hairan jika gameplay-nya kelihatan seperti Ingress kerana dibina juga oleh team Niantic.

Post sebelum ini berkenaan Pokemon Go! : 

Gambar daripada Blog Niantic:



Trailer Pokemon GO



sumber:
Niantic Blog