Share this

14 May 2016

Trailer Game Attack On Titan



Video trailer menunjukkan bagaimana ODM gear berfungsi bagi melawan titan. Watak Eren perlu memastikan tangki gas ODM gear terisi. Juga dibolehkan membawa minyak simpanan untuk mempercepatkan isian tangki ODM gear tersebut atau sebaliknya pemain perlu berjumpa dengan NPC untuk megisi minyak. Sistem ketahanan pedang membuatkan gantian bilah pedang turut memberi impak dalam membunuh titan.

Titan juga mempunyai titik kelemahan yang memudahkan pemain untuk mengalahkan titan.


Trailer kedua juga menunjukan Eren boleh merekrut watak lain untuk menjadikan ahli pasukan. Watak yang telah direkrut akan membantu eren dalam mengalahkan titan.

Permainan ini akan tersedia pada August 30th untuk pelantar PS4/XboxOne (fizikal) dan PS3/PS Vita/PC Steam (Digital).

Dua bonus akan diberikan iaitu kostum bonus bagi yang membuat pesanan awal.
Pesanan awal boleh dibuat melalui Amazon, Best Buy, EB Canada and GameStop.
Pembelian menerusi PSN akan diberikan avatar Attack On Titan untuk penggunaan dalam PlayStation®Network.